Kursus Empowered Leadership: The New Way to Lead

Kursus Empowered Leadership: The New Way to Lead telah berjaya dilaksanakan sebagai latihan in-house pada 9 dan 10 April 2026, anjuran Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA).

Program ini menampilkan penceramah berpengalaman, Puan Theresa Margeritta Alberto daripada Dr CMA Academy Asia Sdn. Bhd., yang berkongsi pendekatan kepimpinan moden berteraskan empowerment, komunikasi berkesan dan pembangunan potensi diri.

Sepanjang dua hari kursus, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai teknik dan strategi baharu dalam memimpin organisasi secara lebih dinamik, inklusif dan berimpak tinggi.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam memperkukuh budaya kerja serta meningkatkan kecemerlangan organisasi. 💼✨

https://www.facebook.com/share/p/14ZTxeRA79p/