Polisi Kualiti

SAFODA komited sepenuhnya untuk mencapai tahap kecemerlangan Sistem Pengurusan Kualiti dalam melaksanakan aktiviti perniagaan. 

Sejajar dengan itu, kami bertekad untuk: 

  • Menjadikan kualiti sebagai teras utama dalam melaksanakan aktiviti perniagaan;

  • Meningkatkan kepuasan pelanggan melalui kecemerlangan operasi;

  • Melaksanakan pendekatan proses kepada kualiti untuk memastikan kepatuhan terhadap perundangan dan keperluan pelanggan;

  • Memastikan budaya kualiti yang positif dalam organisasi; 

  • Menetapkan sasaran untuk mengukur, menilai dan melapor prestasi dalam usaha untuk penambahbaikan berterusan; 

  • Memastikan kompetensi pekerja untuk mencapai objektif kualiti; 

  • Menyampaikan komitmen polisi kepada semua pihak berkepentingan dan mencapai pembangunan yang mampan; 

  • Menambahbaik Sistem Pengurusan Kualiti secara berterusan.