Lembaga Pengarah SAFODA yang diketuai oleh YB Datuk Isnin bin Haji Aliasnih telah mengadakan lawatan rasmi ke Acacia Forest Industries Sdn. Bhd. (AFISB) di Bengkoka, Pitas pada 22 September 2026.
Kawasan projek: 25,000 hektar
Kawasan ditanam: 8,000 hektar
Persijilan PEFC: 17,334 hektar
Jualan 2025: 184,000 tan metrik (RM49.9 juta)
Sumbangan royalti: RM1.8 juta
Pengeluar hasil ladang hutan TERTINGGI di Sabah setakat 2025!
Lawatan ini juga memberi tumpuan kepada isu pencerobohan tanah dan komitmen berterusan SAFODA dalam pengurusan ladang hutan secara mampan, sambil memperkukuhkan hubungan dengan komuniti setempat yang melibatkan lebih 60 buah kampung.

