Majlis Apresiasi SAFODA 2026
Majlis penuh bermakna bagi menghargai komitmen, dedikasi dan kecemerlangan warga SAFODA telah berlangsung dengan jayanya di Grand Ballroom, Aras 2, Hilton Hotel Kota Kinabalu.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Isnin Aliasnih, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah dan turut dihadiri oleh Pengerusi SAFODA, YBhg. Datuk Hamild @ Hamid bin Haji Awang.
Acara ini meraikan pekerja cemerlang, pesara, serta kakitangan yang telah menabur bakti selama 10 dan 30 tahun dalam perkhidmatan — simbol penghargaan atas dedikasi dan sumbangan berterusan mereka terhadap kecemerlangan organisasi.
Terima kasih atas jasa dan usaha semua warga SAFODA!
Bersama, kita terus melangkah maju ke arah kecemerlangan dan kelestarian industri perhutanan Sabah.
#SAFODA2026 #MajlisApresiasiSAFODA #KecemerlanganPerkhidmatan #SAFODACemerlang #SabahMajuJaya

