🌿 SESI MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) 🌿
Projek Large-Scale Bamboo Plantation for Biomass Bamboo Pellets: A Feasibility Study – GREENOVA
📅 8 Oktober 2026 📍 Ibu Pejabat SAFODA, Kota Kinabalu, Sabah
Satu langkah ke arah pembangunan industri buluh yang mampan! 🌱
Sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi projek Large-Scale Bamboo Plantation for Biomass Bamboo Pellets: A Feasibility Study – GREENOVA telah berlangsung di Ibu Pejabat SAFODA, Kota Kinabalu.
Kerjasama ini merupakan satu inisiatif penting dalam meneroka potensi penanaman buluh secara berskala besar serta pembangunan biojisim buluh sebagai sumber tenaga alternatif yang lebih lestari.
Semoga kerjasama strategik ini menjadi pemangkin kepada pembangunan industri buluh, membuka peluang ekonomi baharu dan menyokong agenda kelestarian alam sekitar demi masa depan yang lebih hijau. 💚🎋
SAFODA – Memacu Pembangunan, Memperkasa Kelestarian.
#SAFODA #GREENOVA #MemorandumPersefahaman #IndustriBuluh #Biojisim #TenagaMampan #PembangunanLestari #SabahHijau

